25 Jan 2011...rusuhan pertama di Egypt bermula di kawasan Tahrir.tapi xla besar sgt.ingatkan akan settle hari tu jugak.btw.doc mohammad saad(doc tuition ENT kitorg) dah warning awal2 supaya kitorg x kuar umah ari ni sebab doc kata maybe akan ada some big event,bahaya la(menurut kata doc,dia xkan kuar umah ari tu)..sebenarnya hari ni hari polis.cuti!!!
27 Jan 2011...kuliah ophthalmology yg ke-5 berakhir tanpa buku di tangan..sedih jugak sebab dah seminggu belajar xde buku.dah Tanya doc,doc kata hari rabu nanti(means time winter break),boleh dapatkan buku ophthal kat department ophthal(3rd floor,near to internal medicine dept)..huhu..cuti dah nak start tp aku x rasa excited sgt sebab kerja2 aku byk lg yg x settle utk PWtC yang akan berlangsung pada 7-10 feb nanti.
Kul 12.30 tghari,aku dan few of my AJKs moved to Cairo U nak tgk conference hall di mana seminar perubatan(which is the most important event during PWtC nanti) akan diadakan.aku sebagai unit dewan dan teknikal nak tgk2 tempat tu so aku boleh get ready utk segala preparation. Hurm..nice..sygnya aku xde pic utk di’attach’kan kat sini.berdebar jugak nak handle event yg besaq neh.anyway,we’ll try our best for the best.sebenarnya,aku kena cepat ni sebab nak balik umah plak nak get prepared utk trip ke mansurah kul 3.30 nanti.ada PPYT Family Day.fuuh..hari yg memenatkan..aku berlari2 menaiki metro(underground) dgn harapan sempat sampai by the time dan diorg xperlu tunggu aku.thanks to marami yg dah tolong uruskan coaster utk bawa kami ke mansurah.
3jam perjalanan ke mansurah adalah normal tapi 5 jam perjalanan hari tu sgt memenatkan.sampai di mansurah,kami letih yg teramat sgt.jalan jammed giler!xtau plak kenapa tp menurut ammu yg bwk coaster tu,dia kata sok lepas semayang jumaat,org ramai akan berkumpul utk buat rusuhan besar-besaran.sesampainya di mansurah,kami terus dibawa ke istad yg mana acara bola jarring utk girls sedang berlangsung.yg budak laki,aku x sure diorg main apa.walaupun court diorg hanya di sebelah kitorg tp aku x perasan diorg main apa.huhu..jaga pandangan.ngeh3..eh lupa plak nak cerita.masa otw ke mansurah td,kitorg lalu ikut kawasan new cairo tau.fuuyyyoooooo...giler ar umah2 kat kawasan tu.new cairo adalah satu kawasan petempatan terancang yg memang dirancang hanya utk menempatkan golongan yg berduit giler2.golongan elit la.dahsyat ar umah kat situ.dekat ngn airport,rumah atas tanah(mesti pelik kan korg knp aku teruja umah atas tanah?huhu..selama aku duk cairo ni,ni satu2nya tempat yg umah sebuah2 atas tanah.yg lain sume umah flat.memang kawasan new cairo ni giler2 hebat ar.umah macam istana.sume umah sepesen je.kawasan tu jgak ada MUBARAK ACADEMY utk melatih polis2 mesir supaya taat setia kepada pemerintah diorg iaitu Hosni Mubarak tu..
Okay,back to Mansurah..thanks to adek2 yang telah berjaya menganjurkan Family day tersebut.kitorang seronok walaupun hanya sempat bersama korg 1 ari je. After all,group 3 menjadi johan keseluruhan.he5....group aku..bangga..
28 jan 2011...petang..lepas dah siap makan,kitorg budak2cairo ni nak balik la kan.siap2 nak balik tetiba dpt berita jalan ke Cairo telah di BLOCK!!! Eh?pesal plak?terkejut aku.bila tgk dlm berita memang teruk sgt rusuhan ari ni..byk trak2 polis dibakar.beribu2 rakyat mesir berkumpul di Tahrir dan Ramsis utk demonstrasi.urm..so,malam tu,terpaksa extend 1 hari percutian kitorg di mansurah.
29 jan 2011...aku nak balik cairo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!byk lg keja aku x siap..aku memang suka cari pasal ngn budak laki.kadang2 pendirian aku yg terlalu tetap tu menyusahkan sume org tp maafla..aku sgt10 stubborn.kalau aku kata nak,maknanya aku nak!tade sape boleh menghalang selagi Allah mengizinkan. Alhamdulillah.dapat balik gak Cairo ari ni..terkejut buat kali kedua di atas jalan sebab jalan terlalu lengang.kosong!so,perjalanan kitorang balik ke cairo ari ni mengambil masa yg agak cepat berbanding biasa.btw,kitorg drop off nadia kat airport cairo.betul2 tepi jalan..hurm..bab ni maybe pembaca boleh follow up kat blog beliau..sila layari nadiaizzah.blogspot.com utk cerita lanjut..orait..dah masuk cairo,lalu tepi airport a.k.a new cairo,cerah mata aku tengok kereta kebal duk jaga atas jalan..waa...impressive!perjalanan diteruskan menuju ke Darul Iman Students Hostel kat haiyyu asyir.kami x boleh balik abbasiyah sebab waktu curfew(perintah berkurung) dah nak start.masa tu dapatla tengok tanks duk block jalan.waa..menakutkan..serius!sebab kita x penah kan mengalami saat2 sebegitu.time tremco kitorg melepasi blockage tu,Zuket kata sume buat muka innocent dgn linangan air mata.hahahaha...oops!lupa plak nak habaq bab tremco nih..sebenarnya coaster yang kitorang tempah utk bawa kitorang pergi ke i.e = pulang dari Mansurah tu dah tinggalkan kitorang awal2 pagi lg sebabnya ammu tu kata kitorang tempah utk 2 ari je. Huh!terpaksa la org mansurah tolong tempahkan tremco 2 buah utk kami..(thanks a lot to padam ja and madam husni.semoga dimurahkan rezeki.aamiin..p/s:we are waiting for our anak sedara!:P)....so,malam tu kami bermalam di rumah Terengganu..maka bermulalah hari yang tidak seronok dalam hidupku..hihihi..
30 jan 2011...ok.kami nak balik abbasiyah! Nak balik jugak!xkira..nasib baik budak laki pun nak balik..so,naikla teksi.uish!this is not cairo!jalan kosong mengalahkan raya haji.naik teksi hitam tambang 20genih.ok la.masih boleh ditolerate dlm keadaan macam ni.pakcik teksi tu bawak kitorang lalu jalan belakang.banyak sgt check point.first check point hampir menyebabkan muscle jantungku detached bukan kerana pakcik2 yang jaga kat checkpoint tu pegang besi, kayu what so ever tapi sebab ammu teksi yang kitorang naik tu ada GUN!pergh!!!!!kecut liver aku.utk makluman korang,checkpoint tu sume dijaga oleh org2 kampung lebih kurang mcm rukun tetangga la.polis?dah lari dah sume..sekarang tinggal askar je yg jaga negara..okies.dah sampai abbasiyah,before turun teksi,ammu tu pesan kalau nak kuar utk balik ke asyir,pastikan sebelum pukul 4 sebab waktu curfew start kul 4...thanks to marami tolong jadi musyrif kami.
Sampai je umah,cepat2 kemas barang sikit untuk dibawa ke ARMA(Malaysian Hall) yang terletak x la jauh sgt dari umah aku.ok.malas nak panjang cerita tapi just nak bagitau hari tu kami di kawasan Abbasiyah telah diarahkan untuk bergerak ke ARMA. On the way ke ARMA tu,aku tgk la makcik2 pakcik2 sibuk beli bekalan makanan banyak2.x sangka sebenarnya aku akan tengok semua ni.beg troli disorong menuju ke umah Syek dan kat sana Nazmi angkut beg kitorang ke ARMA.thanks Nazmi.
Malam tu aku tido la kat ARMA tapi xde la tido nyenyak sebab rusuhan semakin teruk dan malam tu aku dengar bunyi tembakan dan ada peluru sesat kena kat bangunan ARMA.alhamdulillah xkena orang,kena dinding je.takut wei!
31 jan 2011...memandangkan keadaan di mesir semakin meruncing, semua student Malaysia yang tinggal di kawasan Sayeda Zeinab,Abou Risy, Munira, senang kata semua student Cairo U la serta merta diarahkan berpindah ke ARMA.keadaan di ARMA semakin bersesak2 dan kitorang diberi taklimat oleh wakil kedutaan bahawa program evakuasi hanya akan dimulakan apabila bendera merah diisytihar.logik ke x?hurm..xpe.aku xnak comment pape.by the time kami dengar taklimat,waktu tu bendera oren.huhuhuhu...apapun,kat sini aku nak ucapkan syabas kepada PERUBATAN dan JKP ARMA dan x ketinggalan pihak kedutaan yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kami berada dalam keadaan yang selamat.duk ARMA,ok la.alhamdulillah.aku boleh adapt walaupun sebelum ni aku memang x pernah selesa duk umah orang tapi kerana terpaksa,aku rasa ok je.carilah yang positif di sebalik kejadian yang berlaku.jangan cepat melenting.hihi..thanks 7 Habits.best tau bila kita dapat kawal diri kita daripada bersikap negative dalam keadaan macam ni.percaya la..perkara yang paling susah nak buat ialah MENGAWAL DIRI SENDIRI.control the things that u can control i.e YOURSELF.dalam keadaan mcm ni,kita xboleh kawal keadaan lain e.g:rusuhan oleh org mesir,tapi kita boleh kawal diri kita.betul x?
Aku dapat belajar byk benda dari peristiwa yang berlaku.belajar utk jaga mulut,sabar,bertimbang rasa,banyak sgt.sesungguhnya,lebih banyak perkara baik yg kita dpat belajar kalau kita refleksi balik.betul.rusuhan tu bukanla satu keadaan yg baik dan aku percaya,org mesir sendiri xnak perkara ni berlaku.yela.sapa nak menyusahkan diri sendiri,sapa sanggup tgk anak kelaparan.tapi personally, aku rasa betul la tindakan diorg tu.kalau bukan sekarang,bila lagi?dunia sekarang memerlukan kekerasan utk menang (selepas kelembutan).urm..bila la agaknya dunia nak aman?ish.xpatut aku Tanya mcm ni.knp ek?sebab jawapannnya ada pada diri aku sendiri.apa yg aku dah buat utk tgk dunia ni aman?adakah dgn hanya berdiam diri?adakah hanya dgn berdoa?mana usaha aku?entah.kadang2 aku rs nak marah dgn org yg hanya tahu bercakap atau yg hanya tahu merungut atau yg hanya tahu bertanya tapi aku tekan butang “pause”.tenang aizum.sabar!bukan semua org sama.doakan semoga satu hari nanti,semua org akan sedar!
4 feb 2011...5 hari stay kat ARMA, akhirnya tiba la giliran group aku utk diterbangkan ke Jeddah.alhamdulillah.satu lagi nikmat yg aku dapat.walaupun bukan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah,Kau masih memberi kesempatan kepadaku untuk berpijak di bumi mulia ini.insyaAllah dgn izin-Mu Ya Allah kali seterusnya aku datang untuk menunaikan rukun Islam yg kelima.semoga rahmat-Mu sentiasa bersama kami.aamiin Ya Rabb..title sbg pelarian bukanlah sesuatu yg boleh dibanggakan.tapi sebagai pelarian,aku rs kami lah yg paling bertuah sebab dpat makan sedap,dpt naik flight free.segalanya free..betapa besar rahmat-Mu Ya Allah.kami pelarian yang sihat.walaupun kadang2 kesihatan aku tidak lah begitu baik tp aku bersyukur kami selamat.terima kasih kepada pihak Tabung Haji atas segala penat lelah kalian demi memberikan yg terbaik buat kami.keadaan kat asrama tabung haji tu xla selesa sgt2 tp bg aku itu dah cukup baik.adat menumpang,kena la terima apa yg diberi.tips utk melahirkan rs zuhud: bandingkan dgn org yg dpt kurang dr kita,maka kita akan jd hamba yg sgt bersyukur.
Malas nak cerita satu per satu kehidupan di asrama tapi Alhamdulillah aku dpt lebih ramai kawan dan aku sgt terharu bila aku masuk 1 bilik tu, diorg tgh muhasabah atas apa yg berlaku.ambil iktibar,berfikir positif.alhamdullilah Ya Allah.aku dikelilingi oleh sahabat2 yg sentiasa mengingatkan aku betapa besar nikmat-Mu.inilah sahabat yg kita perlu cari.dan title sahabat itu sememangnya sgt padan dgn anda.terima kasih sahabat.
8 feb 2011...hihi..ha..tibala giliran group aku pulak utk blk Malaysia.alhamdulillah.suka.tp sebenarnya aku rindu mesir.perasaan excited utk blk Malaysia tidak la seperti excited nya aku mcm nak balik waktu summer break.kepulangan yg x disangka.tambahan lg,buku xde.urm..doctor!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!tp bila teringat keluarga di Malaysia,sayu hati ni.sian Abah,mesti mahal bil telefon bulan ni kan?kak mintak maaf.suasana kat rumah mcm suram je.kenapa ek?Ya Allah.padamkanlah prasangka buruk ni dari dlm hatiku.insyaAllah semuanya okay.Ya Allah,aku ingin sekali tengok family aku bahagia dlm keadaan sihat sejahtera.bukanlah aku menyalahkan takdir,bukan aku menolak qada’ dan qadar-Mu Ya Tuhan-Ku tapi ingin sekali aku lihat senyuman yg penuh makna terukir di bibir semua org yg aku syg.semua yg terjadi pasti ada baiknya.
Skrg ni tgh tunggu flight.delay ke pukul 5 ptg waktu Jeddah.jadual sebenarnya kul 2ptg.so,stranded jap kat airport ni.airport King Abdul Aziz.cuaca di Jeddah baik.panas sikit.rasanya lebih kurang mcm kat Malaysia je.oh lupa nak bagitau.kitorang kat sini dapat visa tentera so boleh stay kat Jeddah x lebih dari 1 minggu.dan kitorang x dibenarkan keluar dari kawasan asrama.ok2.dah panjang aku cerita.dah nak the end dah pun.kepada kwn2 yg membaca,sama2lah kita amik pengajaran di sebalik apa yg berlaku.di sini,aku x cerita pasal politik mesir sebab aku xtau apa yg sebenarnya terjadi.dgr khabar angin je dan aku xnak la jd penyebar berita yg x betul plak.dah penat aku baca kisah2 yg disiarkan kat blog la,berita la.hakikatnya,kami yg merasa.jgn cepat melenting.sabar.tu je yg Abah dan Ma pesan tp sgt bermakna.sabar!terima kasih Abah!terima kasih Ma! You are the best mother and the best father in the world. I LOVE YOU TWO SO MUCH!maafkan kak andainya ada tersilap kata atau perbuatan.
Acknowledgement:
Terima kasih kepada yg mendoakan keselamatan kami.
thanks a lot kpd semua yg risau dan ambil berat tentang keadaan kami di Mesir.
Thanks a lot kpd pihak kerajaan yg telah bersungguh2 mengeluarkan kami dari Mesir dan seterusnya membawa kami pulang ke Malaysia dlm Ops Piramid
Terima kasih kpd kwn2 yg telah memberi semangat di saat diri ini lemah
Terima kasih kpd Alya yg telah menumpangkan bilik.
Terima kasih byk2 kpd semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak dlm OPS PIRAMID ni