Marilah sahabat semua kita refleksi diri kita, setinggi manakah CINTA kita kepada si DIA, si DIA yang sentiasa di sisi tanpa pernah mengenal erti jemu, sentiasa membelai diri dengan penuh kasih sayang malah mengurniakan sang udara tanpa meminta balasannya. Menginginkan untuk bertemu janji (date) lima kali sehari tanpa rasa bosan ,jika kita terlambat si DIA masih menanti dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Sekiranya kita terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang kekasih, DIA tidak pernah menutup pintu hati NYA untuk kita kembali kepadaNYA, DIA lah yang selalu ada, sentiasa dekat, lebih dekat dari urat kita, yang sentiasa memerhati di kala kita senang apatah lagi di kala kesusahan. Cukupkah kita mengingati dan menyayangi dan paling utama men CINTAI si DIA?
Subscribe to:
Posts (Atom)