RSS

sayyidul ayyam

Dalam hadis Anas ra,Sabda Nabi SAW: " Jibril datang kepadaku ditangannya membawa kaca putih dan katanya, " inilah solat Jumaat yg telah diwajibkan oleh Tuhanmu agar menjadi hari raya bagi kamu dan segenap umatmu sepeninggalanmu."  Aku bertanya,"Apakah yg ada pada kami di situ?" Jibril menjawab, "Untuk kamu ada masa dimana jika orang memanjatkan doa memohon suatu kebaikan, jika telah diberikan untuknya, maka Dia akan memberikannya dan jika telah diberikan untuknya, maka ALLAH akan menyimpan saja untknya atau bila dia mohon perlindungan dari keburukan yg telah tertulis untuknya, maka ALLAH akan melindunginya dari yg lebih besar daripada itu..Itulah SAIYDATUL AYYAM bagi kita dan kita akan memohon kepadaNYA diakhirat nanti hari tambahan."  Aku berkata, "dan kerana Dia berfirman, " Sesungguhnya TUHANmu telah menjadikan Syurga telaga yg lebih wangi daripada misik putih. Manakala pada hari Jumaat, ALLAH SWT turun dari 'illiyin di atas KursiNya, menampakkan kepada mereka sehingga mereka boleh memandang kpada wajahNYA yg mulia."  YA DZAL JALAALI WAL IKRAM, bersihkan hati2 kami, dekatkan kami padaMU, Kuatkan peribadi kami,kabulkan permohonan kami,lepaskan kami dari kesusahan,khusyukkan kami  tika kami bngun berdiri dihadapanMU..temukan lagi kami dengan HARI JUMAAT

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS