RSS

astaghfirullahal azim

Ramai yang berkata: "Aku tidak mampu nak berdakwah lagi, kerana aku bukannya orang baik pun." Sepatutnya anda perlu menyahut kata2 ini "أصلحْ نفسك وادعُ غيرك" (Perbaikilah diri kamu dan dakwahlah orang lain)... Sila buktikan kepada saya bilakah tarikh & waktu anda akan menjadi baik? Saya bimbang... belum pun sempat kita berada di tarikh yang dirancangkan, tiba2 rumah yang mempunyai dua tiang sudah menjadi milik kita..
erm.. me..: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” -Riwayat Abu Daud. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil. kita pula bagaimana? 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

la tunsa zikrullah...

Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: "Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih 

Bila hati tenggelam dlm dosa, pasti ia terus lemas dan mati..Jangan biarkan hati mati dgn sebab itu kerana jasad yg sihat takkanberguna andai hatinya mati..ibarat tin kosong tanpa isinya..Isikanlah ia dgn zikrullah dan selawat Rasulullah, kerana itulah penyinar hati dikala hati kelam, penenang jasad dan jiwa dikala gelisah..pengukir senyuman dikala hati sedih dan kecewa~ia lah teman terbaik dikala hatimu sunyi dan sepi~ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sahabat ke kawan?

Sabda Rasulullah s.a.w..Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat(Tarmizi) 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS