salam sume...
emm..xtau nk ckp apa atau mcm ne...
xtau rasa apa..ya Allah bantulah aku...kuatkan lah aku...
i really don't know what to say...
sayyidul ayyam
Dalam hadis Anas ra,Sabda Nabi SAW: " Jibril datang kepadaku ditangannya membawa kaca putih dan katanya, " inilah solat Jumaat yg telah diwajibkan oleh Tuhanmu agar menjadi hari raya bagi kamu dan segenap umatmu sepeninggalanmu." Aku bertanya,"Apakah yg ada pada kami di situ?" Jibril menjawab, "Untuk kamu ada masa dimana jika orang memanjatkan doa memohon suatu kebaikan, jika telah diberikan untuknya, maka Dia akan memberikannya dan jika telah diberikan untuknya, maka ALLAH akan menyimpan saja untknya atau bila dia mohon perlindungan dari keburukan yg telah tertulis untuknya, maka ALLAH akan melindunginya dari yg lebih besar daripada itu..Itulah SAIYDATUL AYYAM bagi kita dan kita akan memohon kepadaNYA diakhirat nanti hari tambahan." Aku berkata, "dan kerana Dia berfirman, " Sesungguhnya TUHANmu telah menjadikan Syurga telaga yg lebih wangi daripada misik putih. Manakala pada hari Jumaat, ALLAH SWT turun dari 'illiyin di atas KursiNya, menampakkan kepada mereka sehingga mereka boleh memandang kpada wajahNYA yg mulia." YA DZAL JALAALI WAL IKRAM, bersihkan hati2 kami, dekatkan kami padaMU, Kuatkan peribadi kami,kabulkan permohonan kami,lepaskan kami dari kesusahan,khusyukkan kami tika kami bngun berdiri dihadapanMU..temukan lagi kami dengan HARI JUMAAT
astaghfirullahal azim
Ramai yang berkata: "Aku tidak mampu nak berdakwah lagi, kerana aku bukannya orang baik pun." Sepatutnya anda perlu menyahut kata2 ini "أصلحْ نفسك وادعُ غيرك" (Perbaikilah diri kamu dan dakwahlah orang lain)... Sila buktikan kepada saya bilakah tarikh & waktu anda akan menjadi baik? Saya bimbang... belum pun sempat kita berada di tarikh yang dirancangkan, tiba2 rumah yang mempunyai dua tiang sudah menjadi milik kita..
erm.. me..: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” -Riwayat Abu Daud. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil. kita pula bagaimana?







